Sunday, November 15, 2009

MiSi Tautan Fikrah

Telah lama aku perhati,
pada corak warna & bunyi,
tiap nada rendah & tinggi,
tiap bentuk hitam atau putih,
sudahkah kita bertemu sebati?

Ku dengar nun jauh nada bergema,
nyaring & merdu tapi tiada berirama,
cuba membentuk melodi sama,
arah tujuan dan jalan yang sama

Ku dekati jatidiri berwarna-warni,
umpama alam tampak berseri,
limpahan anugerah dari Ilahi,
bukankah kita perlu menghargai?

Dalam ruang kesefahaman
mungkin bertemu jalan perdebatan
kekadang melalui proses pergeseran
masa tetap menjadi korban

Namun, tika tiba kesempurnaan
cahayanya menyilau pandangan
nilai tinggi menjadi buruan
lambang kejayaan atas pengorbanan

Tiada insan sama bentuk kejadian
satu fikiran, satu kemahuan, satu tujuan
namun anugerah Allah di dalam berbezaan
untuk kita mencari persamaan

Hasil sajak oleh Mochtar
Deklamasi oleh Sdr Juliano sempena Pelancaran Alumni UIAM Sabah Chapter

No comments:

Post a Comment